Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PBAPP hantar bekalan air ke Melaka


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





GEORGE TOWN, 15 Sept -- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menghantar sebuah lori tangki air ke Melaka hari ini bagi membantu negeri itu yang mengalami masalah kekurangan bekalan air.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata lori tangki yang tiba pada 1.30 pagi tadi merupakan antara 14 lori dari luar Melaka yang membantu membekalkan air terawat ke negeri itu.

"Hari ini mereka (pasukan PBAPP) telah mula membantu SAMB (Syarikat Air Melaka Berhad) yang menghadapi krisis air kerana kekurangan hujan," katanya kepada Bernama.

Selain Pulau Pinang, pihak berkuasa bekalan air dari Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu, Johor, Kedah, Perak dan Pahang turut membantu negeri itu.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dalam satu kenyataan semalam berkata purata hujan yang rendah menyebabkan paras air di empangan negeri, takungan dan Sungai Melaka merosot dan menyebabkan beberapa kawasan di negeri itu mengalami gangguan bekalan air.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel