mWlBKGUtytY Gobind puji semangat peserta dalam raptai sambutan Hari Malaysia
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gobind puji semangat peserta dalam raptai sambutan Hari Malaysia


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





KUCHING, 15 Sept -- Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Gobind Singh Deo berpuas hati dan memuji semangat para peserta yang terlibat dengan persembahan raptai penuh sambutan Hari Malaysia 2019 di Stadium Perpaduan, di sini malam ini .

Beliau berkata walaupun umum tahu jawatankuasa penganjur terpaksa mengubah lokasi sambutan dari Padang Merdeka ke Stadium Perpaduan pada saat-saat akhir ekoran masalah jerebu yang dihadapi, ia tidak sedikit pun melunturkan semangat para peserta yang terlibat dengan persembahan pada malam esok.

“Dalam masa yang singkat ini, banyak perkara yang perlu dilihat semula dan masalah seperti pencahayaan dan sistem pembesar suara pada malam ini perlu ditingkatkan lagi.

Namun secara keseluruhan, memandangkan kita bertukar lokasi, saya ucapkan tahniah kerana daripada apa yang saya lihat, terlalu banyak usaha yang diberikan untuk menjayakan acara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Malaysia 2019 di Stadium Perpaduan di sini, malam ini.

Beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana menumpukan sepenuh perhatian bagi menjayakan acara ini.

Raptai penuh itu menampilkan aneka persembahan melibatkan sehingga 1,000 peserta diadakan termasuk persembahan pasukan pancaragam polis dan latihan kawat membawa dan menaikkan bendera Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

Hadir sama menyaksikan raptai itu ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Penganjuran sambutan itu, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sambutan Hari Malaysia 2019 akan berlangsung pada malam esok yang akan dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta barisan menteri-menteri kabinet.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel