Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Program semarak semangat patriotik dalam rukun tetangga perkasakan perpaduan - Frankie Poon


Tarikh kemaskini: 16/09/2019





SANDAKAN, 16 Sept  -- Kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam penganjuran program menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara di kawasan rukun tetangga, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), penting dalam memperkasa perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata penganjuran program seumpama itu di kawasan rukun tetangga juga mampu mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat.

"Saya berharap Jawatankuasa Rukun Tetangga akan dapat digerakkan sebaik yang mungkin bersama agensi kerajaan, terutama di bawah Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, khususnya dalam melaksanakan program-program yang boleh menjana kestabilan ekonomi komuniti, perpaduan antara kaum dan keselamatan awam.

"Hal ini penting agar rakyat dapat memperolehi maklumat yang berguna mengenai fungsi dan peranan rukun tetangga serta apakah peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat di kawasan rukun tetangga dalam menjaga keselamatan," katanya pada Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Rukun Tetangga Bahagian Sandakan di sini hari ini.

Mengenai sambutan Hari Malaysia hari ini, Poon berkata rakyat harus bersyukur kerana hidup dalam negara yang aman berbanding negara lain yang sedang bergolak.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     

DUN Perlis: SAP sedia pelan jangka pendek, jangka panjang atasi masalah air

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel