Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MOA adakan program CSR di Semporna


Tarikh kemaskini: 16/09/2019





SEMPORNA, 16 Sept  -- Program ''16 walkabout" yang bermula pada Jumaat lepas berakhir hari ini dengan penyerahan set fertigasi kepada Sekolah Kebangsaan Mabul dan Pasukan Polis Marin di sini.

Ia sebahagian program tanggungjawab sosial (CSR) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha MOA Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan.

Mengenai program "16 walkabout" itu, Mohd Sallehhuddin berkata program seumpama itu bertujuan untuk mengetahui keadaan sebenar agar MOA dapat membantu golongan sasaran khususnya di Sabah dan Sarawak.

"Banyak perkara yang perlu ditambahbaik sebab itulah program ini diadakan untuk melihat betapa sukarnya untuk menyalurkan bantuan dari segi logistik kepada golongan sasar," katanya sempena program CSR dan sambutan Hari Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata melalui lawatan itu pelbagai maklumat dan info akan digunakan sebagai panduan penyediaan data bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). 

Sebanyak 16 program diadakan sepanjang tinjauan mesra itu meliputi kawasan Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tenom, Keningau, Nabawan, Kalabakan, Tawau dan Semporna melibatkan jarak perjalanan sejauh 834 kilometer.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel