Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Proses pemutihan usahawan rintis KEMAS, pantau perkembangan terkini - Rina Harun


Tarikh kemaskini: 16/09/2019





KUCHING, 16 Sept -- Kerajaan sedang melakukan proses pemutihan usahawan rintis yang pernah melalui kursus anjuran Jabatan kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan menerima bantuan melalui jabatan berkenaan untuk terus memantau perkembangan mereka.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, ini bagi mengetahui status terkini peserta di samping membolehkan kerajaan menyalurkan apa-apa bantuan lanjut yang diperlukan mengikut kehendak semasa.

“Kita tidak mahu selepas mereka tamat berkursus, kit peralatan yang diberi tidak dimanfaatkan sepenuhnya, ia umpama satu pembaziran kepada pihak kerajaan sedangkan saban tahun kita mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk menjaya program ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

“Justeru sejak saya mengambil alih, saya mahu menambah baik program ini kerana sebelum ini tidak ada pemantauan yang dilakukan, kita mahu ada peningkat yang baik untuk mencapai KPI, kita nak peserta itu berjaya sebagai usahawan, bukan hanya sebagai penerima sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan Kit Peralatan 'Quick Win' di sini.

Pada majlis berkenaan, 29 peserta menamatkan kursus “Quick Win”, sebuah program di bawah KEMAS menerima kit peralatan bagi membantu memulakan perniagaan mereka termasuk ketuhar, set ibu bersalin dan mesin jahit.

Sementara itu, peserta kursus, Paridah Mumin, 46, berkata, kursus anjuran Kemas amat membantu dari segi ilmu mengenai penjagaan ibu lepas bersalin.

“Saya memang berminat mengenai penjagaan ibu selepas bersalin sejak dahulu lagi, sebelum mengikuti kursus ini saya hanya mengamalkan penjagaan secara tradisional untuk ibu-ibu lepas bersalin di sekitar kampung.

“Setiap minggu akan ada kelas yang berlainan dan ia amat sekali gus meningkatkan pendapatan saya sebagai suri rumah,” katanya.

Kursus ‘’Quick Win’’ adalah kursus kemahiran jangka pendek yang menyasarkan komuniti yang berpendapatan rendah (B40) yang terdiri daripada belia, ibu tunggal dan golongan kurang upaya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel