Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perarakan perahu nelayan meriahkan sambutan Hari Malaysia di Kampung Mengkabong


Tarikh kemaskini: 16/09/2019




TUARAN, 16 Sept -- Warga Kampung Mengkabong, di sini, tidak mahu ketinggalan dalam menyambut Hari Malaysia bagi menzahirkan semangat kecintaan kepada negara dengan cara tersendiri yang cukup unik, dengan mengadakan ‘Perarakan Perahu Nelayan’ yang menyaksikan Jalur Gemilang dan bendera Sabah megah berkibaran di sana sini, semalam.

Meskipun jerebu turut melanda daerah ini, namun, ia tidak menghalang untuk acara diteruskan, dengan lebih 100 perahu nelayan menyertai perarakan dan menjadi peserta pertandingan lumba perahu bagi mengisi sambutan Hari Malaysia yang sememangnya membawa erti signifikan kepada rakyat khususnya di Sabah.

Acara di Jeti Kampung Buansa, Sungai Mengkabong pagi Ahad itu dianjurkan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Tuaran dengan kerjasama penduduk kampung, dan perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman.

Hajiji dalam kenyataan hari ini berkata warga kampung itu menterjemahkan rasa cinta dan menzahirkan terima kasih mereka kepada tanahair menerusi sambutan yang cukup unik kerana perarakan perahu nelayan itu turut membawa Jalur Gemilang dan bendera Sabah merentasi perairan kampung serta sungai Mengkabong. 

Beliau berkata inisiatif itu wajar dipuji, dan beliau turut merasa bangga kerana sambutan Hari Malaysia bukan sahaja diraikan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah, tetapi juga di peringkat kampung. 

“Acara ini dapat menyatupadukan setiap orang dalam semangat kerjasama untuk menjayakan sambutan Hari Malaysia yang amat bermakna dan bukti sokongan atas nikmat perpaduan yang telah lama dikecapi,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel