Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ratusan juta ringgit diperlu persiap pembangunan Perlis selari negeri maju lain - MB Perlis


Tarikh kemaskini: 16/09/2019





KANGAR, 16 Sept  -- Ratusan jutaan ringgit diperlukan Kerajaan Negeri dalam usaha mempergiat projek-projek pembangunan di negeri ini serta mempersiapkan negeri ini selari dengan negeri maju yang lain.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, projek sedia ada di negeri ini seperti Pelabuhan Darat Perlis (PIP-Perlis Inland Port), Jeti Sanglang dan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) masih memerlukan suntikan kewangan daripada Kerajaan Pusat.

“Saya tidak dapat memberikan jumlah yang tepat berapakah jumlah yang diperlukan. Apa yang boleh saya katakan projek mega yang sedang berjalan di negeri ini memerlukan ‘sokongan infra daripada Kerajaan Persekutuan di samping disegerakan peruntukan dalam melaksanakan agenda pembangunan di negeri ini,” kata Azlan.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan kempen Kibarkan Jalur Gemilang Di Puncak-Puncak Bukit di negeri Perlis sempena Hari Malaysia yang melibatkan sembilan buah bukit yang diadakan di Gua Cenderawasih (Bukit Lagi) di sini, hari ini.

Azlan diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan Perlis, Kedah dan Kelantan antara negeri termiskin di negeri ini dan perlu diberi perhatian menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama. Secara umumnya terdapat jurang antara negeri-negeri.

Menurut Azlan, meskipun projek yang dijalankan dengan kerjasama pihak swasta, namun prasarana awam diperlukan seperti jalan raya dan ‘flyover’.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel