Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Projek rumah LIONS Labuan hampir siap


Tarikh kemaskini: 16/09/2019




LABUAN, 16 Sept  -- Kelab Lions Labuan Mandarin menarik nafas lega apabila projek pusat penjagaannya yang lama tergendala kini dalam tahap akhir untuk siap.

Projek bernilai kira-kira RM5 juta, yang dinamakan LIONS House of Love, diilhamkan oleh kelab itu pada akhir 2012 di atas tanah seluas 1.474-hektar di Kg Layangan dan menjadi yang pertama seumpamanya di pulau bebas cukai ini.

Menurut Presiden Kelab Lions Labuan Mandarin, Chin Kin Yin rumah penjagaan itu akan beroperasi sebagai rumah yang menjaga warga emas dan pusat melatih kemahiran kepada kanak-kanak dengan kurang upaya (kanak-kanak istimewa).

“Sungguh lega setelah hampir tujuh tahun, kini kami menunggu untuk sijil menduduki daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya pada majlis bersama pelantikan rasmi pegawai-pegawai baharu Kelab Lions Tuanrumah Labuan, Kelab Lions Labuan Mandarin dan Kelab LEO Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di sini, malam tadi.

Beliau melahirkan harapan agar komuniti Labuan dapat memahami halangan yang dihadapi kelab dalam mendapatkan dana bagi menjayakan projek berkenaan.

Rumah penjagaan itu akan menyediakan khidmat pusat penjagaan harian bagi mengurangkan beban kewangan anak bekerja yang mempunyai ibu bapa yang memerlukan penjagaan seumpama.

“Anak boleh meninggalkan ibu bapa mereka dengan penjagaan baik semasa siang hari dan mengambil balik mereka selepas habis bekerja… warga emas ini boleh bertemu rakan di pusat ini daripada duduk bersendirian di rumah, menurut kenyataan kelab berkenaan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel