Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pusat pemulihan dalam komuniti hangus terbakar


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





BESUT, 17 Sept -- Sebuah pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) terbakar 90 peratus dalam kejadian awal pagi tadi di Kampung Baharu, Kuala Besut, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohamad Jusoh berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.30 pagi dan telah mengerahkan tiga jentera bersama 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut dan BBP Jertih ke lokasi kejadian.

“Kebakaran tersebut disedari penduduk sekitar 4.20 pagi sebelum bertindak menghubungi pihak bomba. Ketika bomba tiba api sedang marak dan pihak bomba bertindak menggunakan dua aliran hos air bagi mengawal dan memadam kebakaran itu.

“Buat masa sekarang, bomba masih lagi menyiasat punca kebakaran itu dan masih belum dapat menilai jumlah kerugian keseluruhan yang dihadapi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut Mohamad, pihaknya mengambil masa lebih satu jam bagi mengawal dan memadam sepenuhnya kebakaran yang melibatkan bangunan separa kekal itu.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel