Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Simpanan lesap selepas 'pegawai polis' gagal pulang wang


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





KUANTAN, 17 Sept -- Seorang tukang paip membuat laporan polis mendakwa wang simpanannya berjumlah RM30,000 gagal dipulangkan oleh 'pegawai atasan polis' yang mengarahkannya memindahkan sementara wang itu bagi tujuan siasatan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 32 tahun mendakwa 'pegawai' itu memberi jaminan wang itu akan dipulangkan dalam tempoh dua jam selepas tamat proses siasatan. 

Mangsa mendakwa telah berhubung dengan suspek pada tengah hari 15 Sept lalu, selepas panggilan telefon yang didakwa daripada pihak bank berhubung tunggakan kad kredit atas namanya disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.   

"Suspek yang memperkenalkan diri sebagai Tuan Wong mendakwa siasatan itu berkaitan jenayah dadah yang dikatakan melibatkan diri mangsa, selepas dia berkongsi nombor MyKad dan maklumat peribadi perbankan miliknya. 

"Tuan Wong itu dikatakan mengugut mangsa bahawa akaun banknya akan disemak dan sepanjang proses itu, dia perlu memindahkan wang simpanan yang tidak berkaitan dengan jenayah itu ke dalam akaun lain," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa yang bimbang wangnya akan dirampas, segera menuruti arahan 'pegawai polis' itu dan melakukan transaksi pemindahan ke dalam akaun yang diberikan suspek, secara dalam talian dengan harapan wang itu akan dipulangkan. 

Bagaimanapun, mangsa yang berasa ditipu selepas menunggu seharian, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel