Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seri Manjung lokasi baharu catat IPU sangat tidak sihat


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





KUALA LUMPUR, 17 Sept -- Kawasan Seri Manjung di Perak menjadi lokasi terkini mencatatkan kualiti udara sangat tidak sihat setakat 12 tengah hari ini, menjadikan keseluruhan lima kawasan berada dalam kategori itu. 

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kualiti udara di Seri Manjung bertambah buruk apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu meningkat kepada 203 berbanding 183 pada 9 pagi tadi. 

Empat stesen lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Nilai dan Port Dickson di Negeri Sembilan apabila masing-masing mencatatkan bacaan 206 dan 212, Johan Setia Klang di Selangor (238) dan Kuching di Sarawak (220).

Manakala, Sri Aman di Sarawak masih mencatatkan bacaan IPU di tahap berbahaya (367).

Selain itu, sebanyak 29 kawasan merekodkan bacaan tidak sihat di seluruh negara dengan IPU melebihi 101 iaitu di Tasek Ipoh (104) dan Pegoh Ipoh di Perak (104), dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Batu Muda (158) dan Cheras (150) serta Putrajaya (186).

Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah lima kawasan di Selangor iaitu Kuala Selangor (191), Petaling Jaya (163), Shah Alam (173), Klang (197) dan Banting (183); dan tiga kawasan di Melaka iaitu Alor Gajah (179), Bukit Rambai (195) dan Bandaraya Melaka (170) serta Seremban di Negeri Sembilan (176).

Selain itu, tiga stesen di Pahang iaitu Temerloh (139), Jerantut (112) dan Indera Mahkota Kuantan (118); Segamat (152), Batu Pahat (115) dan Kluang (107) dan Tangkak (129) di Johor turut merekodkan bacaan tidak sihat.

Lapan kawasan di Sarawak yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah ILP Miri (103), Miri (124), Samalaju (109), Bintulu (130), Mukah (133), Sibu (170), Sarikei (151) dan Samarahan (152).

Sementara itu, 30 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel