Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri 'ALL' bermula Khamis ini


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





IPOH, 17 Sept -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak membuka bidaan tempahan bagi nombor pendaftaran kenderaan siri 'ALL'  kepada orang awam bermula dari Khamis ini hingga Isnin hadapan.

Pengarahnya Severinus Tukah berkata pihaknya menyasarkan bidaan keseluruhan bagi siri 'ALL'  melebihi RM1 juta melalui pelaksanaan kali pertama Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) di Perak.

"Sasaran itu dijangka mampu dicapai berdasarkan sambutan pada siri nombor pendaftaran yang lepas yang dibida secara manual iaitu AKU yang mengutip RM3.1 juta dan merupakan kutipan tertinggi bagi JPJ Perak setakat ini.

"Selain itu, nilai bidaan dan jualan bagi siri ALA pula merekodkan RM1.6 juta diikuti ALE sebanyak RM1.1 juta," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ Mohd Hafiz Shamsani Othman.

Severinus berkata terdapat empat kategori harga tempahan yang ditawarkan kepada orang ramai iaitu nombor bernilai utama berharga minimum RM20,000, manakala bagi kategori nombor menarik bernilai minimum RM3,000.

“Selain itu, harga minimum RM800 dikenakan bagi mereka yang ingin menempah nombor pendaftaran siri kategori nombor popular dan harga minima RM300 bagi nombor biasa,” katanya.

Severinus berkata bidaan selama lima hari itu dibuka bermula bermula 12 tengah malam pada Khamis ini sehingga 11.59 malam pada hari terakhir dan kaedah pembayaran JPJebid adalah menggunakan kad kredit serta kad debit tempatan sahaja. 

Orang ramai yang berminat membida nombor yang diminati dengan bayaran Fi Perkhidmatan sebanyak RM10 boleh mengakses sistem secara dalam talian menggunakan aplikasi JPJebid atau melalui portal https://jpjebid.jpj gov.my/ebid/.

Dalam pada itu, Severinus berkata pihaknya akan melakukan lelongan kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan pada 25 Sept ini.

Beliau berkata sebanyak 81 kereta, tiga van, sebuah lori dan 20 motosikal akan dilelong termasuk kenderaan jenis BMW 5 Series, Toyota Wish, Toyota Alphard, Toyota Estima dan Honda Odyssey.

"Kesemua kenderaan yang akan dilelong mula dipamerkan di JPJ Ipoh pada hari ini sehingga Selasa depan dan sesiapa yang berminat boleh mendapatkan dokumen jualan lelongan dengan harga sebanyak RM70," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel