Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MBSP meterai perjanjian bersama rakan strategik


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





BUKIT MERTAJAM, 17 Sept -- Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) hari ini menandatangani tujuh perjanjian bersama rakan strategik terdiri dari dua institusi pengajian tinggi, dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), dua persatuan berteraskan komuniti dan satu Pertubuhan Antarabangsa.

Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) itu ia akan memberi impak yang positif ke arah menjadikan Seberang Perai sebagai Bandar Rendah Karbon yang inklusif, hijau, kompetitif dan Bandaraya pintar yang  dipacu oleh teknologi.

Majlis menandatangani MoU itu dibuat dalam satu majlis hari ini di antara MBSP dengan United Council of Local Government (UCLG), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Kelantan, JCI Batu Kawan Chapter, Lions Club International District 308 B2, Koperasi Lestari Alam Sekitar Seberang Perai Berhad dan Pusat Sumber Alam Sekitar Taman Bagan Lalang.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo.

Terdahulu dalam ucapan pada majlis itu, Rozali berkata MBSP mensasarkan untuk menjadikan bandaraya yang inklusif, hijau dan kompetitif serta bandaraya pintar yang dipacu oleh teknologi menjelang 2030.

"Selaras dengan pembentukan dokumen Hala Tuju Strategik ke Arah Bandaraya Seberang Perai yang Mampan dan Lestari, Seberang Perai Corporate Priorities  dan Seberang Perai Corporate Priorities 2020-2022 dimana ia merupakan satu komitmen MBSP kepada semua stakeholders dalam menjayakan visi dan misi MBSP," katanya.

Beliau berkata Seberang Perai Corporate Priorities 2020-2022 akan dijadikan sebagai pandu arah kepada warga kerja MBSP dan warga Seberang Perai untuk mencapai hasrat bersama selain dijadikan panduan dan perancangan kerja komprehensif untuk menjadikan MBSP sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang terbuka, interaktif, cekap dan mendapat sokongan masyarakat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel