Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan anjur pertandingan bina badan tutup aurat bulan depan


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





KOTA BHARU, 17 Sep  -- Kerajaan Kelantan menerusi Urusetia Belia dan Sukan negeri  akan mengekalkan kosep pertandingan bina badan yang dinamakan Mr Awang Selamat Kelantan 2019 bertemakan badan cantik patuh syariah pada 12 Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Hamat berkata tidak sebagaimana pertandingan bina badan biasa pertandingan itu akan menonjolkan para  peserta berseluar panjang melebihi paras lutut dan bahagian pusat ditutup dengan kain selendang dan bertanjak di kepala.

Wan Roslan berkata pihaknya menetapkan garis panduan dalam cara berpakaian sejak pertandingan itu pertama kali diadakan pada 2016

"Pertandingan ini mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Awang Selamat Kelantan (PASAK) dengan enam kategori iaitu; Mr Awang Selamat Kelantan Bakat Baru (Tertutup), Mr Awang Selamat Kelantan PASAK (Tertutup), Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup) 70 kg ke bawah,  Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup) 70 Kg ke atas.

"Selain itu, ada juga kategori terbuka iaitu; Mr Awang Selamat Kelantan (Terbuka) 70 Kg ke bawah dan Mr Awang Selamat (Terbuka) 70 Kg ke atas," katanya semasa sidang media di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Wan Roslan berkata setakat ini seramai 110 peserta telahpun mendaftar termasuk  dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja  Malaysia (TLDM) dan dari beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu dan menambah penyertaan masih dibuka sehngga pada hari pertandingan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

.

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel