Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

112 sekolah ditutup di N. Sembilan setakat 5 petang


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





SEREMBAN, 17 Sept  -- Sebanyak 112 sekolah di Negeri Sembilan ditutup setakat 5 petang ini, ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) memasuki tahap sangat tidak sihat hari ini. 

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga 5 petang ini penutupan sekolah berkenaan melibatkan dua daerah iaitu Port Dickson dengan 63 sekolah manakala Nilai 49 sekolah dengan jumlah keseluruhan melibatkan 48,980 pelajar.

Di Port Dickson antara sekolah yang terlibat Sekolah Kebangsaan (SK) Chuan, SK Intan Perdana, SK Jimah, SK Jimah Baru, SK Kampung Baru Si Rusa, SK Sunggala, SK Tanjong Agas dan SK Telok Kemang.

Turut terlibat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Springhill ,SJKC Chuah, SJKC Chung Hua, SJKC Chung Hwa Telok Kemang, SJKC Chung Hua, SJKC T. Merah Site C, SJKC Yik Chiao, SJKC Yik Hwa Pengakalan Kempas.

"Sekolah di Nilai antaranya melibatkan SK Kompleks KLIA, SK Bandar Enstek, SK Batang Benar, SK Dato Ahmad Manaf, SK Dato Klana Puta, SK Desa Cempaka, SK Jijan, SK LB Johnson, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Sekolah Agama Nilai dan Kolej Tunku Kurshiah,” menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Port Dickson mula merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat sejak 8 pagi tadi iaitu 211 manakala Nilai sejak 9 pagi tadi iaitu 203.

Bagaimanapun sehingga 5 petang ini, bacaan IPU di Port Dickcon 203 dan Nilai 205 manakala Seremban merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 177. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel