Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: Penutupan sekolah Putrajaya tidak perlu ganti


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





PUTRAJAYA, 17 Sept -- Penutupan 25 sekolah di Putrajaya hari ini akibat jerebu setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 tidak perlu diganti, kata Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad.

Beliau berkata pihaknya akan memaklumkan sama ada sekolah dibuka atau sebaliknya, 12 jam sebelum sesi pembelajaran bermula seperti prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pendidikan, iaitu pada kira-kira 7 malam.

"Di Putrajaya bukan isu besar mengenai makluman sekolah tutup pada pukul 7 (malam) sebab jaraknya (sekolah dan rumah) dekat saja dan ibu bapa juga ada kumpulan WhatsApp sekolah bersama guru jadi sebarang info cepat disebarkan," katanya.

Bercakap kepada media selepas majlis penyerahan sumbangan 40,000 penutup hidung (Nasal Mask) kepada 25 sekolah di Putrajaya di sini hari ini, Farizah berkata pihaknya sentiasa memantau bacaan IPU yang sekiranya bacaan meningkat dan menghampiri 200, sekolah akan diumumkan tutup manakala dibuka jika bacaan menurun.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Farizah juga memaklumkan segala aktiviti luar kelas termasuk kegiatan sukan adalah tidak dibenarkan sehingga bacaan IPU kurang daripada 100.

Bagi pelajar sekolah asrama, mereka tidak dibenarkan berada di luar bilik, katanya.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan berhubung ada murid yang mengalami masalah pernafasan yang kronik.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel