Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Komitmen kerajaan mengenai agenda anti rasuah berhasil - Abu Kassim


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





KUALA LUMPUR, 17 Sept  -- Komitmen Pakatan Harapan (PH) yang memberi tumpuan kepada agenda anti-rasuah sebagai salah satu keutamaannya telah menunjukkan penambahbaikan positif.

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata ini dapat dilihat berdasarkan kajian dan indeks antarabangsa yang menunjukkan peningkatan petunjuk prestasi Malaysia.

"Komitmen kerajaan hari ini untuk meletakkan agenda anti-rasuah sebagai salah satu keutamaannya telah menampakkan berapa hasil," katanya dalam ucapan khasnya semasa Forum Anti Rasuah dan Integriti 2019 di sini hari ini.

Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata ini dapat dilihat dalam Kajian Persepsi Rasuah SPRM Siri 13/2018 mengenai persepsi rakyat mengenai kesungguhan kerajaan untuk memerangi rasuah telah meningkat 11 peratus daripada 59.8 peratus pada 2016 kepada 70.8 peratus tahun lepas.

“Berdasarkan petunjuk antarabangsa, Malaysia juga telah mencatatkan peningkatan dalam beberapa kajian penting atau indeks seperti Edelsmann Trust Barometer Global menunjukkan tahap keyakinan orang ramai terhadap kerajaan telah meningkat kepada 60 peratus tahun ini berbanding 46 peratus pada 2018,” kata beliau.

Beliau berkata Laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat menunjukkan Malaysia telah melonjak tiga anak tangga daripada tempat ketujuh pada 2016 ke tempat keempat pada 2018 daripada 12 negara Asia Pasifik.

"Indeks Demokrasi 2019 oleh Unit Perisikan Ekonomi (EIU) menunjukkan Malaysia kini berada di tangga ke-52 daripada 165 negara, berada di kedudukan ke-14 mendahului  Singapura yang menduduki ranking ke-66.

Forum bertemakan "Embedding Integrity the Cornerstone of Good Governance"dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Aram Global Sdn Bhd.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel