Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





PUTRAJAYA, 17 Sept -- Semua sekolah di Putrajaya beroperasi seperti biasa esok susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Putrajaya yang semakin menurun.

Pengarah Pendidikan Putrajaya Farizah Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata  pada jam 6 petang hari ini, bacaan IPU adalah di bawah 200 dengan trend bacaan semakin menurun.

“Pihak sekolah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semua sekolah di Putrajaya ditutup hari ini selepas bacaan  IPU melebihi 200 mulai pukul 5.00 petang semalam.

Setakat pukul 7.00 petang tadi, Putrajaya mencatat bacaan IPU 179. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel