Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: Program Malaysia Future Leaders School di 9 kem batal


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





PUTRAJAYA, 17 Sept  -- Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) di sembilan daripada 17 kem dibatalkan susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan kem terbabit berada pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat.

Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dalam kenyataan hari ini berkata MFLS kohort 9 itu sepatutnya dijadualkan bermula esok hingga 27 September ini.

Kem terbabit ialah Kem Wawasan Negara Meru, Selangor; Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan; Kem Wawasan Negara Alor Gajah, Melaka; Kem PLKN Sri Ledang, Tangkak, Johor'; dan Kem Wawasan Negara Lipis, Pahang.

Kem Wawasan Negara Bukit Sagu, Pahang; Kem Wawasan Negara Maran, Pahang; Outward Bound Lumut, Perak; dan Kem Wawasan Negara Sampadi, Sarawak.

"Ini adalah kerana 60 peratus aktiviti MFLS dilaksanakan secara aktiviti luar (outdoor) yang boleh memberikan kesan buruk kepada tahap kesihatan peserta MFLS di kem tersebut dan terpaksa dibatalkan dengan serta-merta,” kata i-LEAD. 

i-LEAD berkata pembatalan itu juga selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan berkaitan langkah-langkah yang perlu diambil bagi sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel