Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Glomac lancar hartanah bernilai RM903 juta dalam separuh pertama 2020


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





KUALA LUMPUR, 17 Sept  -- Glomac Bhd mahu mempercepatkan kadar pelancaran terbaharu syarikat itu dalam separuh kedua tahun kewangan sekarang yang berakhir pada 30 April 2020, merangkumi pelbagai jenis produk dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM903.0 juta.

"Pelancaran akan datang akan kekal di dalam segmen pasaran pertengahan serta mampu milik, sementara projek kediaman bertanah di bandar seperti Saujana Perdana dan Saujana KLIA terus mengekalkan jualan yang kukuh," kata pemaju hartanah itu dalam satu kenyataan sempena dengan pengumuman keputusan suku pertama tahun kewangan 2020.

Glomac hari ini mengumumkan keuntungan bersih sebanyak RM 3.46 juta bagi suku berakhir 31 Julai 2019, naik daripada RM 1.01 juta pada tahun sebelumnya, di atas  hasil yang lebih rendah sebanyak RM 51.87 juta.

Sehingga  31 Julai, kunci kira-kira kekal mantap dengan kedudukan tunai berjumlah RM 159.9 juta. 

Penggearan bersih masih "boleh diuruskan" iaitu 0.28 berbanding dana pemegang saham sebanyak RM 1.1 bilion, manakala aset bersih sesaham berjumlah RM 1.41, kata syarikat tersebut.

"Dalam tempoh terdekat, sektor hartanah dijangka kekal mencabar berikutan pertumbuhan gaji yang perlahan serta polisi pinjaman yang lebih ketat terus memberi kesan kepada jualan. 

"Bagaimanapun, kumpulan terus optimistik bahawa portfolio yang kukuh bagi pembangunan berpotensi dengan GDV sebanyak RM8 bilion akan mampu menempatkan kumpulan dalam kedudukan yang baik bagi terus menawarkan produk kepada pasaran massa jika keadaan pada masa akan datang bertambah baik," katanya lagi.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel