Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





SHAH ALAM, 17 Sept  - -  Pihak pentadbiran sekolah di Selangor yang memerlukan penutup muka, boleh mendapatkannya di semua pejabat daerah dan pejabat ahli Dewan Undangan Negeri.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata setakat ini sejumlah 500,000 unit penutup muka telah diterima dari Agensi Pengurusan Bencana Negara ( NADMA) dan telah diedarkan ke sekolah sekitar negeri ini menerusi Pejabat Pendidikan Daerah.

"Pihak sekolah yang memerlukan penutup muka untuk pelajar susulan keadaan jerebu yang melanda negara, boleh berbuat demikian dengan berhubung dengan pejabat daerah dan pejabat ADUN.

"Orang ramai juga dinasihatkan memakai topeng muka, minum air dengan banyak dan hadkan aktiviti luar sebagai langkah memastikan tahap kesihatan kekal optimum," kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, semua pembakaran terbuka dan aktiviti pembinaan yang menyumbang kepada jerebu di negeri ini akan diarahkan padam serta ditutup serta-merta oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Terdahulu, Kementerian Pendidikan, dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 201 sekolah di daerah Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Petaling Perdana ditutup hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) direkodkan melebihi 200 semalam dan pagi tadi.

Penutupan sekolah itu melibatkan 52 buah sekolah di Sepang, Hulu Langat (62), Kuala Langat (21), Klang (27), dan Petaling Perdana (39).

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel