Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penglibatan penyandang jawatan tertinggi memungkinkan tiada ciri ketelusan


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





KUALA LUMPUR, 17 Sept  -- Penglibatan penyandang jawatan tertinggi dalam membuat keputusan untuk kepentingan organisasi atau negeri memungkinkan tiada ciri-ciri ketelusan dan elemen semak dan imbang disebabkan beberapa agenda politik.

Ini dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Datuk Dr Othman Omar yang menjadi panelis membincangkan mengenai “Kegagalan Tadbir Urus atau Campur Tangan Politik” pada Forum Anti-Rasuah dan Integriti 2019 di sini hari ini.

“Adalah ini dimaksudkan dengan kesaksamaan, sebab itulah anda mempunyai pelbagai wakil dari pelbagai jabatan. Tetapi apabila melibatkan Menteri Besar Diperbadankan, para pengarahnya terdirui daripada menteri besar, setiausaha negeri dan pegawai kanan kewangan.

"Jika hanya tiga orang yang membuat keputusan mengenai pelaburan bernilai multi bilion dolar tentu sukar untuk menampilkan ketelusan," katanya

Sementara itu ketika ditemui pemberita, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak secara khusus menyebut mana-mana negeri.

"Sebab itulah di beberapa negeri, saya hanya menggunakan contoh, banyak aset dipindahkan melalui perbadanan pembangunan ekonomi negeri kepada Menteri Besar Diperbadankan.

"Ini kerana mereka menyatakan keputusan boleh di peringkat itu, tiada semak dan imbang antara MOF (Kementerian Kewangan) dan EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan semua exco lain. Ini sangat berbahaya. Apabila hanya tiga orang boleh membuat keputusan, tidak ada semak dan imbang, " katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel