Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

USM jalin kerjasama dengan institut penyelidikan dari China


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





GEORGE TOWN, 17 Sept  -- China Institute of Water Resources and Hydropower Research (IWHR) dan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani memorandum persefhaman (MoU) bagi pembangunan penyelidikan berkaitan air, pendidikan, program latihan dan pertukaran penerbitan.

Presiden IWHR, Kuang Shangfu menandatangani bagi pihak institut itu, manakala USM diwakili oleh Naib Canselornya Prof Datuk Asma Ismail pada majlis yang disaksikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) USM, Prof Nor Azazi Zakaria dan Timbalan Pengarah IWHR, Guo Liang.

Prof Nor Azazi berkata melalui MoU itu, kedua-dua institusi akan menumpukan antara lain kepada sungai dan sumber air bersepadu, kualiti air, banjir, kemarau dan pemantauan dan pemulihan ekologi.

"Perbincangan untuk berkolaborasi bermula sejak 2015 apabila kami berharap dapat meneroka dalam bidang-bidang yang kami di Malaysia dan China memerlukan . Kolaborasi itu tidak hanya tertumpu kepada tujuan akademik tetapi juga meliputi projek, perundingan, pertukaran dan perkembangan kepakaran," katanya kepada Bernama selepas majlis tersebut.

Beliau berkata kerjasama itu akan membuka jalan bagi REDAC, yang terlibat dalam projek penyelidikan dan perundingan saliran sungai dan perbandaran bandar sejak 1997, untuk mengembangkan lagi teknologi yang mereka miliki.

Sementara itu, Kuang berkata IWHR berharap dapat memanfaatkan kepakaran USM terutama dalam pengurusan air bandar dan pemulihan ekologi sungai kerana uSM mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam di lapangan.

Beliau berkata melalui perkongsian pengalaman dan pengetahuan, kedua-dua pihak akan dapat membangunkan strategi baharu untuk menangani isu berkaitan air di kedua-dua negara.

Kami mengalu-alukan USM menghantar profesor atau sarjana lain ke IWHR sama ada untuk melanjutkan pengajian pasca siswazah atau menjalankan penyelidikan bersama," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel