Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cemas kedai dirempuh pacuan empat roda


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





KUANTAN, 17 Sept -- Peniaga sebuah kedai makan di Pematang Badak Damai di sini, berdepan detik cemas apabila premis perniagaan mereka dirempuh sebuah kereta pacuan empat roda yang terbabas.

Jehkiyah Samahae, 40, berkata kejadian berlaku kira-kira sejam selepas mereka mula berniaga sekitar 12 tengah hari dan semasa itu, sedang bersedia untuk menerima pelanggan yang akan datang makan pada waktu rehat. 

"Tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dan nampak kereta sudah masuk ke dalam kedai. Semuanya berlaku begitu pantas.  Alhamdulillah semasa itu kedai masih tiada pelanggan kerana ia betul-betul masuk di bahagian depan. 

"Saya dan anak juga berada di bahagian tengah dan jika kereta itu masih bergerak di dalam kedai, kemungkinan kami yang akan dilanggar," katanya semasa ditemui pemberita di kedainya di sini, hari ini. 

Jehkiyah berkata pemeriksaan oleh polis dan bomba kemudiannya menjumpai deskripsi dan ubat sakit jantung di dalam kereta, dan katanya mangsa berkemungkinan meninggal dunia akibat serangan jantung. 

Sementara itu, Juni Juzailah Jamhuri, 17, yang merupakan anak kepada Jehkiyah berkata kereta itu hanya berhenti selepas melanggar bahagian tepi sebuah rumah bersebelahan kedai mereka. 

Katanya, kejadian kedai dirempuh kenderaan terbabas itu juga sudah dialami beberapa kali sepanjang mereka menjalankan perniagaan menjual masakan panas dan nasi ayam di situ.

"Bunyi kuat daripada kemalangan itu menyebabkan jiran berhampiran keluar untuk memeriksa apa yang berlaku. Ada yang cuba membantu pemandu tersebut namun dia tidak memberi reaksi menyebabkan kami merasa dia telah meninggal dunia," katanya. 

Juni Juzailah berkata kereta itu kemudiannya ditarik oleh kereta trak tunda tidak lama selepas polis mengambil jenazah mangsa. 

Bagaimanapun, setakat 8.30 malam ini, identiti mangsa masih belum diperoleh. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel