Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: 115 sekolah di Selangor ditutup esok


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





SHAH ALAM, 17 Sept  -- Sebanyak 115 buah sekolah di daerah Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Sabak Bernam akan ditutup esok, susulan keadaan jerebu yang serius di kawasan berkenaan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan malam ini berkata penutupan itu membabitkan 26 buah sekolah di Sepang, Hulu Langat (23), Kuala Langat (21), Klang (27), dan Sabak Bernam (18).

Menurut kenyataan itu, penutupan sekolah tersebut membabitkan 113,699 pelajar.

"Berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Putrajaya setakat 4 petang hari ini di bawah 200 dengan trend bacaan semakin menurun, maka semua sekolah di daerah Sepang, Hulu Langat dan Petaling Perdana yang ditutup hari ini akan kembali beroperasi seperti biasa, esok.

"Sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam mengutamakan kesihatan murid dan guru," kata kenyataan itu.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat pukul 9 malam ini, bacaan IPU di Johan Setia adalah 230, Klang (188), Banting (180), Shah Alam (178), Petaling Jaya (176) dan Kuala Selangor (162).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel