Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maniam ambil pendekatan nilai satu perlawanan ke satu perlawanan menjelang pusingan kelayakan


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





KUALA LUMPUR, 17 Sept  -- Ketua jurulatih skuad negara B-15, P. Maniam akan mengambil pendekatan dengan menilai satu perlawanan ke satu perlawanan pada pusingan kelayakan Kejuaraan AFC B-16 di Vientiane, Laos, yang membuka tirai esok.

Bercakap pada sidang media pra-kejohanan, bekas pemain antarabangsa itu memberitahu bahawa b eliau mahu anak-anak buahnya mengalami tekanan kerana percaya mereka akan turun dengan semangat untuk memberi saingan sengit dengan tiga pasukan di Kumpulan J - Kemboja, tuan rumah Laos dan Jepun.

"Kejohanan ini pasti menampilkan kelainan kerana pasukan lawan tahu kekuatan dan kelemahan pasukan kami. Oleh itu, kita harus menganggap semua pasukan mempunyai sama rata, dan saya percaya melalui cara pemikiran, saya fikir pemain akan beraksi dengan terbaik pada kejohanan ini," katanya. 

Audio sidang media itu disediakan kepada Bernama oleh pegawai media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Skuad U-15 kebangsaan yang kebanyakannya terdiri daripada pemain Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) berada dalam keadaan terbaik sebelum beraksi pada pusingan kelayakan AFC.

Mereka telah merangkul beberapa gelaran - Kejohanan Bola Sepak Belia Antarabangsa CFA China di Haikou City pada Julai, dan gelaran Kejohanan Bola Sepak AFF U-15 di Chonburi, Thailand, bulan lepas. Skuad itu juga telah membelasah skuad B-15 Mongolia 10-0 dan 4-0 dalam dua perlawanan pemanas badan di Shah Alam, baru-baru ini.

Malaysia akan membuka kempen menentang Kemboja pada 18 Sept, tuan rumah Laos pada 20 Sept, sebelum menamatkan kempen mereka bertemu Jepun, dua hari kemudian.

Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Laos.

Mengikut format kejohanan, 11 pasukan terbaik dari Kumpulan A-K, selain empat naib juafra terbaik akan layak ke pusingan akhir.

AFC, bagaimanapun, belum mengumumkan siapa yang akan menjadi tuan rumah kejohanan.

Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan dwitahunan itu ialah mara ke peringkat suku akhir pada edisi 2014 di Thailand.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel