Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tengku Amalin buat laporan polis berkaitan fitnah di laman Facebook


Tarikh kemaskini: 17/09/2019





KOTA BHARU, 17 Sept  -- Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra membuat laporan polis berkaitan satu fitnah yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook sejak beberapa hari yang lalu.

Difahamkan, kenyataan berunsur fitnah yang tersebar di laman Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) Version 0.2 itu mengatakan adinda Sultan Kelantan itu bukanlah puteri bongsu Sultan Ismail Petra bersama Tengku Anis Tengku Abdul Hamid malah pasangan diraja itu dikatakan hanya mempunyai tiga orang putera sahaja.

Bertindak atas fitnah yang bertujuan memalukan Tengku Amalin, sepupu baginda, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz bersama peguamnya, Majidah Muhamad membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 11.58 pagi tadi supaya siasatan dilakukan.

Sementara itu, Majidah yang mewakili Tengku Amalin A’ishah berkata, laporan polis itu dilakukan bertujuan supaya fitnah berkenaan dihentikan dan siasatan rapi dijalankan oleh pihak polis.

Beliau berkata kenyataan yang dimuat naik itu ternyata berunsur fitnah dan memalukan puteri bongsu yang bergelar Tengku Maharani Putri Kelantan.

"Daripada laman grup IRDK Version 0.2 itu ada dua individu yang membuat kenyataan iaitu pengguna Facebook bernama "Shaiful Afzan" dan "Mekllis Nor Liss".

"Antara kenyataan yang dikeluarkan termasuklah mengatakan puteri bongsu itu hanyalah anak angkat dan berasal dari kampung.

"Kami berharap siasatan lanjut dilakukan terhadap dua individu berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan yang jelas menimbulkan fitnah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel