Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

53 sekolah di daerah Nilai dan Mantin ditutup esok


Tarikh kemaskini: 18/09/2019





SEREMBAN, 17 Sept  -- Sebanyak 53 sekolah di kawasan Nilai dan Mantin akan ditutup bagi sesi persekolahan esok, berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi 200.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata setakat 9 malam ini, bacaan IPU di Nilai merekodkan bacaan 205 iaitu sangat tidak sihat dan penutupan sesi persekolahan esok melibatkan seramai 28,073 pelajar. 

“Bagi 63 sekolah di kawasan Port Dickson yang telah ditutup hari ini, akan bermula seperti biasa esok.

“Sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Tambahnya pihak sekolah juga telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel