Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rugi akibat tersilap bayar gaji pekerja sudah berhenti


Tarikh kemaskini: 18/09/2019




KUANTAN, 18 Sept  -- Seorang pengurus sumber manusia sebuah syarikat di taman perindustrian di sini mendakwa kerugian RM7,298 kerana tersilap membayar gaji kepada  kakitangan yang telah berhenti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata lelaki yang berusia 27 tahun mendakwa wang itu dikreditkan ke dalam akaun milik dua bekas pekerja bagi pembayaran gaji Ogos, sedangkan mereka telah meletak jawatan pada Julai lalu.

"Pengadu mendakwa telah menghubungi bekas pekerja itu untuk memulangkan semula wang tersebut namun dimaklumkan mereka enggan memberikan kerjasama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata pengadu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang pekerja am  mendakwa kerugian RM5,480 selepas membuat permohonan pinjaman wang dengan syarikat tidak wujud sejak 30 Ogos lalu. 

Mangsa mendakwa berurusan dengan wakil syarikat tersebut menerusi nombor telefon pada iklan di laman sosial yang memaklumkan pinjaman sebanyak RM10,000 telah diluluskan. 

“Bagaimanapun, mangsa diarahkan untuk membuat bayaran pemprosesan pinjaman terlebih dahulu yang dijelaskan menerusi transaksi atas talian sebanyak sembilan transaksi dalam tempoh dua hari bermula 7 Sept lalu,” katanya. 

Mohd Wazir berkata mangsa akhirnya membuat laporan di IPD Kuantan semalam, kerana berang masih diganggu untuk membuat bayaran walaupun jumlah yang dibayar sudah melebihi separuh daripada nilai yang mahu dipinjam. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel