Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM P.Pinang tahan bot penumpang langgar syarat lesen


Tarikh kemaskini: 18/09/2019




GEORGE TOWN, 18 Sept  -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot penumpang selepas didapati melanggar syarat sah lesen dan membawa lebih penumpang di kedudukan 0.5 batu nautika dari barat laut Pulau Jerejak semalam.

Pengarah APMM negeri Kpt Hamizan Harun hari ini berkata pihaknya yang membuat rondaan di kawasan itu telah menahan sebuah bot penumpang sedang dalam perjalanan membawa 21 penumpang dari Jeti Pulau Jerejak menghala ke Jeti Jerejak Resort pada 7.30 malam.

"Operator bot itu seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun dan hasil pemeriksaan mendapati bot itu menyalahi Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana nama nakhoda tiada dalam lesen bot serta membawa bilangan penumpang berlebihan iaitu 21 orang berbanding jumlah maksimum hanya 12 orang,” katanya di sini.

Katanya pihaknya turut menahan seorang penumpang lelaki warga Indonesia di dalam bot itu kerana tiada dokumen perjalanan diri yang sah.

Beliau mengingatkan pengusaha-pengusaha bot penumpang agar tidak hanya mengutamakan keuntungan tetapi haruslah bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel