Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ECERDC Kelantan latih 15,634 peserta sejak 2011


Tarikh kemaskini: 18/09/2019




PASIR PUTEH, 18 Sep (Bernama) -- Majlis Pembangunan  Wilayah Ekonomi  Pantai  Timur (ECERDC) melatih seramai 15,634 peserta dalam  bidang akademik, kemahiran dan keusahawanan dalam tempoh 2011 sehingga sekarang.

Daripada jumlah itu 11,834 peserta yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3,SPM dan STPM sejak 2017 hingga kini dan 3,800 mendapat latihan dalam bidang kemahiran dan keusahawanan.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada media pada program Kayuhan Santai Kemerdekaan di Sekolah Kebangsaan Jeram di sini, hari ini,  ECERDC menyatakan latihan itu mula diperluaskan  ke  seluruh Kelantan selepas perasmiannya di Jeli pada 2011.

Pasir Puteh sahaja mencatatkan sejumlah 500 peserta akademik dan 200 peserta  kemahiran dan keusahawanan mendapat menfaat dalam tempoh 2017 sehingga tahun ini.

Seramai 150 murid tahun 4, 5 dan 6  menyertai kayuhan sepanjang enam kilometer. Majlis dirasmikan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh,  Rosidi  Ramli.

Menurut kenyataann itu lagi, ECERDC memainkan peranan utama dalam menggariskan hala tuju, dasar dan strategi  yang berkaitan dengan pembangunan ECER serta mempromosi  dan memudahcara pelaburan di agensi itu.

ECERDC yang membabitkan  Kelantan, Trengganu, Pahang dan Daerah Mersing, Johor dipacu lima kelompok ekonomi utama iaitu pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, pembuatan, perniagaan tani dan pembangunan modal insan dan keusahawanan.

“Kelompok-kelompok  itu disokong oleh pembangunan dalam bidang pengangkutan, infrastruktur, hartanah dan alam sekitar untuk menjadikan wilayah itu sebuah destinasi yang ideal  untuk pelaburan, pekerjaan dan kahidupan berkualiti,” tambah kenyataan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jawatankuasa MA63 tidak bincang beli kepentingan dalam Petronas

 
     

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel