Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maqis pandang serius aktivti penyeludupan di sempadan Malaysia -Thai di Kelantan


Tarikh kemaskini: 18/09/2019





KOTA BHARU, 18 Sept  --Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) memandang serius kegiatan penyeludupan haiwan, makanan laut dan sayur-sayuran di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan kerana dibimbangi membawa penyakit.

Pengarah MAQIS Kelantan Mohd Azam Yahya berkata kerjasama erat dengan agensi penguatkuasa di sempadan adalah amat penting bagi memastikan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan  tidak dibawa masuk ke negara ini dan makanan  terjamin keselamatannya.

Beliau turut mengulas kejayaan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang merampas 22 ekor lembu yang diseludup melalui pangkalan haram di Rantau Panjang, Pasir Mas pada 12 dan 16 Sept lalu.

Katanya kesemua lembu bernilai RM83,000 itu dirampas hasil serbuan oleh PGA9 dan PGA7 di dua buah pangkalan haram iaitu pangkalan haram Maghribi dan Wakaf Zin di Rantau Panjang.

"Serbuan pertama dilakukan oleh PGA 9 di pangkalan haram Maghribi, Bakong pada 12 Sept lalu dengan tangkapan sebanyak 12 ekor lembu yang dianggarkan bernilai RM48,000.

"Serbuan kedua pula dilakukan oleh PGA7 di pangkalan haram Wakaf Zin dengan rampasan sebanyak 10 lembu ekor bernilai RM35,000," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Azam berkata kesemua lembu yang dirampas ini dipercayai dibawa seludup masuk melalui laluan tikus yang ada di sempadan negara dan tidak mempunyai sebarang dokumen import yang sah daripada MAQIS.

Beliau berkata kedua-dua kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Katanya perbuatan mengimport lembu tanpa mempunyai permit import yang sah daripada MAQIS boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta yang sama dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mohd Azam berkata kesalahan itu juga boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan-peraturan Kuarantin dan Pemeriksaan (Perkompaunan Kesalahan 2019) sehingga RM50,000.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel