Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Semua sekolah di empat daerah di Perak dibuka esok


Tarikh kemaskini: 19/09/2019





IPOH, 19 Sept -- Semua 250 sekolah di beberapa daerah di Perak yang ditutup hari ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat, akan beroperasi seperti biasa esok.

Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata pembukaan sekolah itu membabitkan 137 sekolah di daerah Larut Matang dan Selama, Kerian (71), Kuala Kangsar (38) dan empat sekolah di daerah Hulu Perak.

"Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Stesen Taiping pada 5 petang ini menunjukkan bacaan IPU di bawah 200 dengan trend bacaan semakin menurun, maka semua sekolah berkenaan akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini. 

Mohd Suhaimi berkata sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan pihak sekolah diingatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard ditetapkan selain mengutamakan kesihatan murid serta guru sepanjang masa.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Taiping berada pada paras sederhana iaitu 98 setakat pukul 6 petang ini.

Dua lagi kawasan di Perak mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu Tasek Ipoh (137) dan Pegoh Ipoh (104) manakala dua lagi pada tahap sederhana iaitu Seri Manjung (94) serta Tanjung Malim (89).

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

-– BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel