Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Michael Wong Duta Pelancongan Perak


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





IPOH, 20 Sept -- Pelantikan artis antarabangsa kelahiran Ipoh, Michael Wong Kong Leong  sebagai Duta Pelancongan Perak merangkumi empat fasa, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing. 

Beliau berkata Michael Wong yang dilantik sebagai duta selama dua tahun bermula 1 Ogos lalu sehingga 31 Julai 2021 akan menjalani penggambaran muzik video lagu-lagu popularnya di beberapa lokasi di Perak antaranya Taman Negeri Royal Belum dan bandaraya Ipoh.

"Selain itu, kita juga menerbitkan risalah mengenai 10 tempat berkaitan Michael Wong antaranya tempat persekolahannya di Sam Tet Ipoh selain lokasi yang sering dikunjunginya semasa kanak-kanak seperti Kellie’s Castle, Stesen KTMB Ipoh dan Gereja St Michael.

"Itu semua adalah fasa pertama dan tiga lagi fasa seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Ramah Mesra Bersama Duta Pelancongan Perak di sini, malam tadi.

Sementara itu, Michael Wong berkata sebagai anak jati kelahiran Ipoh, beliau sudah tentu berasa bangga apabila kerajaan negeri memilihnya sebagai Duta Pelancongan Negeri Perak.

“Saya mahu mempromosikan kampung halaman saya ke seluruh dunia untuk menarik pelancong datang ke Perak kerana ia mempunyai banyak tempat dan makanan menarik.

“Banyak aktiviti saya akan lakukan sebagai duta, sebagai permulaan saya akan menjalani penggambaran  video muzik promosi pelancongan di bandaraya Ipoh dan Royal Belum,” katanya.

Antara lagu popular Michael Wong adalah "Fairy Tale" yang diterjemah dalam pelbagai bahasa antaranya Melayu, Kantonis, Jepun, Korea, Thailand, Vietnam dan Myanmar selain beliau turut popular menerusi lagu "First Time", "Sadness Subway" serta "Promise".

Michael Wong pernah menjadi Duta Pelancongan Malaysia dari tahun 2006 hingga 2010 dan pernah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2011 sebagai Duta Pelancongan Kesihatan Malaysia serta berjaya mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan yang terkenal.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel