Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bot ekspres tersadai di beting pasir kerana jarak ketampakan terhad


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





SIBU, 20 Sept -- Seramai 12 penumpang berhadapan detik cemas apabila bot ekspres yang mereka naiki dari Sibu ke Kapit terlanggar beting pasir Sungai Rajang pagi ini. 

Kejadian dipercayai berlaku akibat jarak ketampakan terhad berikutan cuaca berjerebu dan berkabus.

Seorang pemilik akaun Facebook, Alexson Banyah yang memuatnaik kejadian itu mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 6.15 pagi kerana juragan bot tidak dapat melihat arah yang ditujuinya.

Jurucakap Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Sibu semasa dihubungi Bernama melalui aplikasi Whatsapp mengesahkan kejadian itu dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau tidak menolak kejadian itu disebabkan cuaca berjerebu namun keadaan paras air yang rendah disebabkan kemarau pada masa ini boleh juga menjadi antara penyebabnya.

“Kita akan dapat tahu punca sebenar selepas keterangan jurugan diambil nanti,” katanya tanpa memberikan lokasi sebenar kejadian itu.

Tindakan pantas sebuah bot lain yang kebetulan lalu di tempat kejadian dapat menarik bot itu daripada terus tersadai. Bot berkenaan kemudian meneruskan perjalanan ke Kapit.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel