Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: tentera darat sedia membantu


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





KUCHING, 20 Sept -- Tentera Darat sedia membantu operasi memadam kebakaran tanah gambut dan belukar di Sri Aman sekiranya mendapat arahan khusus, kata Panglima Medan Timur Tentera Darat, Datuk Wira Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata, setakat ini tentera darat tidak menerima apa-apa arahan dan bersiap sedia mengerakkan anggotanya sekiranya mendapat Lampu Hijau.

“Memang kita siap siaga membantu mana-mana agensi kerana ianya dalam tugas-tugas khusus untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tentera darat amnya.

“Bila berkaitan dengan bencana alam, ianya diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), majlis bencana alam inilah yang akan arah kepada angkatan negara melalui saluran tertentu dan kita menunggu arahan daripada ATM,” katanya pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Pahlawan dan Penyampaian Sumbangan kepada Anggota Tentera Cedera di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Md Din Abu, Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Bridgedier Jeneral Mohd Isa Jaafar.

Seramai 120 pegawai veteran turut hadir sama pada majlis itu untuk penghormatan kepada veteran-veteran yang terkorban di samping memberikan pengiktirafan manakala 31 anggota yang cedera semasa menjalankan tugas menerima sumbangan khas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel