Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

60 mahasiswa sertai Pewaris Muda N. Sembilan


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





PORT DICKSON, 20 Sept -- Seramai 60 peserta menyertai program Pewaris Muda Negeri Sembilan 2019 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sembilan?? selama tiga hari bermula hari ini yang diadakan bagi tujuan bagi membentuk modal insan yang mempunyai jati diri serta semangat cintakan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan Choo Ken Hwa berkata kesemua peserta yang terdiri daripada mahasiswa di negeri ini diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing dan akan menjalani kehidupan bermasyarakat di Kampung Pachitan di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Anak Angkat Program Pewaris Muda Peringkat Negeri Sembilan 2019 di sini, hari ini, Choo berkata program berkenaan adalah sebahagian daripada usaha dalam memperlengkapkan diri mahasiswa sebagai pemimpin masa hadapan.

“Program ini diharap akan dapat melahirkan tunas pewaris negara yang berwibawa dan mampu mendalami penghayatan nilai-nilai murni dan seterusnya melahirkan rakyat bermentaliti kelas pertama,” katanya dan menambah antara aktiviti yang dirancang sepanjang program itu termasuk gotong-royong, kenduri kampung, sukaneka, cetusan minda dan ceramah kenegaraan.

Sementara itu, pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, Rembau, Leong Zhee Hou, 18, berkata beliau teruja menyertai program berkenaan dan percaya ia dapat melatih dirinya untuk menjadi lebih berani dan pandai menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang kaum.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peniaga ingkar arahan penggunaan produk biodegradasi dikompaun

 
     

PRK Kimanis: Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat - Anwar

 
     

BN kekalkan kerusi Kimanis

 
     

Dr Mahathir mahu Bersatu Kedah kukuhkan parti - Mukhriz

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel