Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Tuaran tahan enam wanita, empat lelaki terlibat judi haram


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





TUARAN, 20 September -- Polis menahan empat lelaki dan enam wanita yang disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian haram dalam serbuan di sembilan lokasi berasingan di daerah ini dan Tamparuli pada 11 September lalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata semua yang ditahan dipercayai pengendali serta pelanggan kegiatan judi berkenaan, dan polis turut merampas wang tunai RM2,699 serta pelbagai peralatan digunakan untuk aktiviti perjudian dalam serbuan itu. 

"Antara aktiviti perjudian diserbu membabitkan perjudian jenis tambah nilai secara online, nombor ekor tanpa lesen dan wahui. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(c) dan 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya pada sidan media di sini, hari ini.

Beliau berkata sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini, polis Tuaran telah membuat 87 serbuan judi tidak berlesen di Tuaran dan Tamparuli, melibatkan tangkapan 84 lelaki dan 40 wanita, selain merampas pelbagai jenis peralatan judi dan wang tunai RM37,498.

"Daripada tangkapan dan rampasan itu, 43 kes berjaya dituduh di mahkamah," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel