Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masjid Sri Sendayan, masjid wakaf mula dibuka hari ini


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





SEREMBAN, 20 Sept (Bernama) -- Selepas Masjid Hussain di Seremban 2, kini Masjid Sri Sendayan yang terletak di Bandar Sri Sendayan, menjadi masjid kedua diwakafkan oleh pengasas Kumpulan RHB Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Masjid, yang mula dibangunkan pada tahun 2015 itu dan dibina di atas tanah seluas 4.5 hektar, itu mampu menampung kira-kira 5,000 jemaah dalam satu masa, mula dibuka untuk kegunaan umat Islam hari ini manakala Masjid Hussain pada 2014.

Masjid, yang merangkumi Kompleks Pusat Islam itu mempunyai dewan solat utama, dewan solat kedua, dua buah bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah dan bangunan pentadbiran.

Binaannya yang seakan mirip seperti Masjid Nabawi di Madinah, turut mempunyai pusat untuk anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni selain dilengkapi bilik ulangkaji serta dewan makan.

 Majlis Penyempurnaan Wakaf Masjid Sri Sendayan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, Ismail Ahmad dan turut dihadiri Abdul Rashid.

Ismail dalam ucapannya pada majlis itu menyeru ahli perniagaan dan hartawan lain supaya mencontohi inisiatif yang dilakukan Abdul Rashid.

“"Mewakili Kerajaan Negeri, saya mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Rashid Hussain, keluarga dan seluruh kumpulan pengurusan pembangunan yang bertungkus-lumus membina masjid ini dalam masa empat tahun.

“Saya berharap masjid ini dapat dimanfaatkan bukan sahaja untuk beribadat tetapi juga sebagai tempat untuk persaudaraan dan kesatuan selain program agama dan kemasyarakatan. Masjid ini juga boleh menjadi satu tarikan pelancongan kerana binaannya mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi dan ia masjid terbesar di Negeri Sembilan selain Masjid Negeri,” katanya.

Masjid, yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Seremban, itu mula dibuka untuk solat Subuh dan Jumaat hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel