Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penginapan jangka pendek atasi kekurangan bilik hotel di Sabah


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





KOTA KINABALU, 20 Sept -- Penginapan jangka pendek secara beransur-ansur dapat memenuhi permintaan pelancong yang mencari unit penginapan lebih besar dan tinggal lebih lama.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata penginapan sedemikian dapat menyelesaikan masalah kekurangan bilik hotel di negeri ini yang menyaksikan peningkatan kedatangan pelancong.

"Penginapan jangka pendek bukanlah sesuatu yang baru. Ia bermula setelah pemilik rumah menyewakan rumah mereka atau bilik yang berlebihan kepada tetamu," katanya.

Dalam ucapannya pada majlis pelancaran Bay Suites Condominium di sini hari ini, Mohd Shafie berkata populariti penginapan jangka pendek melonjak pada tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya disebabkan oleh Internet yang mempermudahkan proses tempahan.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong.

Bay Suites Condominium yang dibina Remajaya Sdn Bhd menawarkan unit komersial tepi pantai untuk pemilikan rumah, homestay atau Airbnb.

Mohd Shafie berkata memandangkan penginapan jangka pendek yang semakin mendapat sambutan, sudah tiba masanya kawalan dan peraturan yang sewajarnya dikenakan untuk memastikan keselamatan pelancong tidak terjejas.

Beliau berkata Sabah akan sentiasa terbuka kepada sumbangan dan penyertaan dari sektor swasta untuk memenuhi permintaan industri perhotelan dan pada masa yang sama, memenuhi cabaran alam sekitar untuk menjadikan Sabah tempat yang lebih baik untuk didiami.

"Saya menggesa industri pembinaan, agensi kerajaan dan orang ramai secara keseluruhannya supaya menjadi lebih bertanggungjawab. Kita boleh dan kita mesti membuat perubahan," katanya.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel