Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pindaan Ordinan Hakmilik Strata 1995 dibentang pada November - Abang Johari


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





KUCHING, 20 Sept -- Pindaan kepada Ordinan Hakmilik Strata 1995 di Sarawak akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang pada November ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau melahirkan harapan bahawa semua pindaan yang dicadangkan kepada ordinan itu dapat menyelaraskan isu-isu yang dihadapi oleh kerajaan, khususnya dalam pembangunan bangunan tinggi.

"Kami mempunyai pandangan yang luas tentang bagaimana untuk membantu pemaju dan pada masa yang sama untuk memastikan kami dapat memenuhi pasaran yang pada masa ini agak perlahan.

Abang Johari berkata deikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Ekspo Hartanah 2019 anjuran Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) 2019 di sini hari ini

Beliau berkata, kerajaan juga sedang mengkaji untuk membangunkan beberapa kawasan pinggir bandar untuk memenuhi permintaan hartanah, termasuk bangunan tinggi.

Beliau berkata antara lokasi yang telah dikenal pasti termasuk di sepanjang Kuching ke Bau, Kuching-Serian dan Kuching-Lundu.

"Untuk memenuhi peningkatan permintaan (hartanah) dan juga kekurangan tanah, kami membenarkan pembangunan bangunan tinggi di kawasan-kawasan tertentu dengan penambahbaikan dalam ordinan hakmilik strata kita, itu adalah untuk membuka kawasan lain.

"Ini adalah kawasan yang dikenal pasti sebagai sebahagian daripada kawasan pembangunan pinggir bandar. Dalam usaha untuk menjadikannya berdaya maju, kami juga perlu menyediakan pengangkutan awam yang cekap ... jadi ia boleh diakses oleh orang ramai, " katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel