Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga Kanada maut motosikal rempuh kereta di Jalan Ranau-Telupid


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





BELURAN, 20 Sept -- Seorang penunggang motosikal lelaki warga Kanada maut selepas motornya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 24, Jalan Kota Ranau-Telupid, berdekatan Kampung Mangkadait di sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 petang itu Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Kasim Muda berkata mangsa dikenali sebagai Ryan Saunders, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki motosikal Honda Hornet 250F dalam perjalanan dari arah Ranau menghala ke Telupid.

“Sebaik tiba di lokasi kawasan selekoh, Ryan yang menunggang dengan laju dan mahu memotong kenderaan di hadapannya, bagaimana pun, mangsa merempuh kenderaan jenis Nissan Navara dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Kasim, pihaknya kini cuba mengesan waris mangsa melalui kedutaan bagi menghadiri proses bedah siasat dan menuntut mayat.

"Setakat ini, siasatan mendapati motosikal dipandu dengan laju dan telah bertembung dengan Nissan Navara dari arah bertentangan," katanya dan menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Kassim berkata pemandu Nissan Navara seorang lelaki warga Perancis hanya mengalami cedera ringan manakala seorang lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel