Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemaju perumahan di Sabah digalak dapatkan pinjaman daripada Sabah Development Bank


Tarikh kemaskini: 21/09/2019





KOTA KINABALU, 21 -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta Sabah Development Bank Berhad memainkan peranan bagi memastikan permohonan  pinjaman oleh pemaju di negeri ini dapat diproses dan dilaksanakan dengan cepat.

Beliau berkata ini kerana pemaju perumahan di Sabah yang memohon pinjaman daripada bank konvensional yang berpusat di Semenanjung terpaksa menunggu agak lama bagi permohonan mereka diproses. 

“Oleh itu kita kita minta Sabah Development Bank Berhad memainkan peranan bagi memastikan pemaju di Sabah yang memohon pinjaman bank  tidak perlu menunggu terlalu lama. 

“Pemaju di Sabah  yang  memohon  pinjaman kewangan daripada bank yang berpusat di Kuala Lumpur terpaksa menunggu sehingga enam bulan bagi permohonan mereka di proses,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahunan ke-41, Persatuan Pemaju Perumahan Dan Hartanah Sabah (SHAREDA) di sini Jumaat malam.

Justeru kita menggalakkan para pemaju perumahan membuat pinjaman menerusi Sabah Development Bank Berhad untuk memastikan proses membuat pinjaman itu dapat diproses dan dilaksanakan dengan cepat.

Sementara itu, President Shareeda Chew Sang Hai mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan agar harga siling program rumah kedua Sabahku diturunkan agar dapat dibeli oleh pembeli luar.

Katanya cadangan harga terendah khususnya bagi hartanah perlu ditetapkan pada harga RM500,000 berbanding RM1 juta sebelum ini.

“Cadangan ini penting kerana polisi tersebut dijangkakan dapat merangsang ekonomi negeri selain membantu menurunkan hartanah yang tidak terjual atau tergendala,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel