Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Negeri Sembilan rakam takziah kepada keluarga Dr Md Farid


Tarikh kemaskini: 21/09/2019





KUALA PILAH, 21 Sept -- Kerajaan Negeri Sembilan hari ini merakamkan ucapan takziah kepada kepada keluarga Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, awal pagi tadi. 

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun yang menzahirkan rasa sedih turut menyifatkan pemergian Allahyarham Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai kehilangan yang besar dan amat dirasai oleh rakyat Johor, khususnya kawasan Parlimen Tanjung Piai yang diwakili Dr Md Farid.

“Ini adalah kehilangan bagi rakyat dan beliau seorang Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang cukup mesra dengan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pemimpin Mesra Rakyat anjuran Masjid Tunku Aliff Hussein Saifuddin Al-Amin di sini, hari ini.

Menurut Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Mohd Solihan Badri, Md Farid, 42 yang juga Naib Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai meninggal dunia sekitar 6 pagi tadi di Hospital Pontian akibat serangan jantung.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel