Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bajet 2020: peruntukan pembangunan Islam naik sehingga RM20 juta - MB


Tarikh kemaskini: 21/09/2019





KUALA PILAH, 21 Sept -- Peruntukan untuk pembangunan Islam di Negeri Sembilan  dijangka meningkat sebanyak RM3 juta menjadikan keseluruhannya RM20 juta pada tahun hadapan berbanding lebih RM17 juta pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, perkara itu akan dimasukkan dalam bajet negeri tahun hadapan sebagai komitmen serius daripada kerajaan negeri. Ketika ini terdapat 297 buah masjid dan 42 buah surau yang boleh mendirikan solat Jumaat di negeri ini.

“Dengan peruntukan yang besar ini, kerajaan negeri berharap ia akan menyumbang kepada pengukuhan umat Islam,” katanya ketika berucap di hadapan ratusan hadirin pada majlis Pemimpin Mesra Rakyat anjuran Masjid Tunku Aliff Hussein Saifuddin Al-Amin di sini, hari ini.

Aminuddin turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh untuk menyuburkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini dan menjadi amanah di pihak kerajaan untuk menyantuni 615,000 umat Islam di Negeri Sembilan.

“Beberapa tahun kebelakangan ini kita berhadapan dengan cabaran perpaduan terutama dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini. Ada yang berkisar tentang perselisihan politik, prejudis dan prasangka. Apa sahaja isu yang berlaku cuba diseret kepada perdebatan, tiada keuntungan kepada umat Islam.

“Bertitik tolak dari keperluan itu, maka usaha mengumpul dan menyatukan umat melalui masjid dan aktivitinya perlu dilaksanakan secara lebih tersusun di semua peringkat,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel