Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suspek cuba letupkan mesin ATM di Johor Jaya diburu polis


Tarikh kemaskini: 22/09/2019




JOHOR BAHRU, 22 Sept  -- Polis kini memburu seorang suspek yang dipercayai cuba meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) menggunakan bahan letupan di sebuah bank di  Jalan Dedap 21, Johor Jaya, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira 7.17 pagi.

“Ketika tiba di tempat kejadian, pihak polis mendapati sebuah daripada dua ATM di bank berkenaan mengalami kerosakan di tempat pengeluaran wang dan cermin penghadang berhampiran juga pecah.

“Bagaimanapun pihak polis mendapati penjenayah gagal untuk mengambil wang daripada ATM tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail, hasil siasatan awal daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek, yang tidak dikenal pasti jantina, dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Ismail berkata suspek itu dipercayai mengunakan bahan letupan yang masih belum dikenal pasti dalam cubaan memecah ATM berkenaan.

Tambahnya, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel