Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Melaka hasrat bangunkan 12 pulau


Tarikh kemaskini: 22/09/2019





MELAKA, 22 Sept  -- Kerajaan negeri berhasrat membangunkan 12 pulau di Melaka sebagai produk ekopelancongan terbaharu, dalam usaha menambah produk pelancongan sedia ada pada masa hadapan.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee berkata usaha itu termasuk mewartakan pulau tersebut sebagai Taman Laut Malaysia bagi memelihara kelestarian industri perikanan negara selaras dengan cabaran pembangunan.

Beliau berkata antara pulau yang terdapat di perairan negeri ini ialah Pulau Undan, Pulau Besar, Pulau Hantu, Pulau Serimbun, Pulau Lalang, Pulau Dodol, Pulau Nangka, Pulau Upeh dan Pulau Hanyut.

“Perkara ini saya akan bincangkan dengan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhamad Jailani Khamis, pada masa sama, Jabatan Perikanan telah membentangkan cadangan kepada saya untuk mewartakan perairan Pulau Undan sebagai Taman Laut Malaysia,” katanya.

“Kita percaya dengan pembangunan pulau ini, kita juga mampu menjana pendapatan kepada negeri dan rakyat khususnya nelayan serta pemain industri ekopelancongan termasuk sektor perkhidmatan bot,” katanya kepada pemberita selepas Program bersama Stakeholder Nelayan : ‘Reef and Beach Clean Up’ di Perairan Pulau Undan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Norhizam berkata setiap pulau di negeri ini mempunyai keunikan tersendiri antaranya kaya dengan terumbu karang yang menjadi tarikan pelancong selain mempunyai air yang jernih serta menjadi hab bagi meningkatkan hasil perikanan di perairan Melaka.

Sementara itu, katanya kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM50,000 kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan pemasangan sangkar untuk menangkap monyet liar dan babi hutan yang kini menjadi satu daripada ancaman kepada rakyat negeri ini.

“Sangkar ini akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) yang terlibat, selain kita di peringkat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri juga sentiasa menjalankan aktiviti menembak babi hutan di sekitar negeri termasuk di Pulau Besar,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel