Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Geng pecah rumah sarang burung tumpas


Tarikh kemaskini: 22/09/2019





JOHOR BAHRU, 22 Sept  -- Kegiatan sekumpulan lelaki memecah masuk rumah sarang burung di sekitar Daerah Kota Tinggi untuk dijual dalam pasaran gelap akhirnya terbongkar setelah mereka ditahan dalam serbuan di dua kawasan berasingan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata dalam serbuan yang dilakukan sekitar 8 sehingga 10.40 malam itu, kelima-lima suspek warga tempatan berkenaan ditahan di dua buah rumah di Bandar Penawar dan Felda Gugusan Adela.

Katanya, kesemua mereka yang ditahan adalah lelaki berumur antara 31 sehingga 39 tahun.

“Modus operandi  kumpulan ini adalah dengan memecah masuk dan mencuri sarang burung di rumah sarang burung yang tidak di pasang peralatan keselamatan tambahan. Kemudian sarang-sarang burung berkenaan dijual di pasaran gelap sekitar negeri ini,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Ahsmon berkata pihaknya turut merampas satu laras senapang patah buatan sendiri yang disembunyikan di bawah katil,  pelbagai peralatan pecah rumah dan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan, dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM20,000.

Menurutnya, hasil siasatan turut mendapati dua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

“Dengan tertangkapnya kelima-lima suspek ini, kita berjaya  menyelesaikan lima kes kecurian dan pecah masuk (rumah) sarang burung dengan keseluruhan kerugian dianggarkan kira-kira RM25,000,” katanya.

Ahsmon berkata kesemua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 457/506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel