Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis buru dalang ceroboh kubur Kristian di Miri


Tarikh kemaskini: 23/09/2019





MIRI, 23 Sept -- Polis kini memburu individu yang menceroboh serta merosakkan tanah perkuburan Kristian di Riam semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, pencerobohan itu disedari setelah seorang pemuda berusia 26 tahun membuat laporan polis apabila mendapati kubur datuknya serta kubur lain diceroboh dan dirosakkan.

"Pengadu telah pergi ke kawasan perkuburan tersebut pada pukul 9.30 pagi semalam dan mendapati kubur datuknya telah dipecahkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata, pengadu yang bekerja di sebuah hotel di sini mendapat barang milik datuknya di dalam kubur tersebut hilang dipercayai dicuri oleh individu tidak dikenali.

Katanya, kali terakhir kubur tersebut dilawati ialah pada minggu lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel