Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Festival Fotografi Dasar Laut Sabah perkenal Semporna


Tarikh kemaskini: 23/09/2019




SEMPORNA, 23 Sept -- Festival Fotografi Dasar Laut Sabah (Edisi Makro) yang buat pertama kalinya diadakan di perairan di sini merupakan langkah pertama untuk merealisasikan hasrat memperkenalkan Semporna sebagai destinasi selaman makro.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata festival selama empat hari yang berakhir semalam itu juga merupakan persediaan kementerian dalam menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

"Program ini merupakan kesinambungan aktiviti eksplorasi yang dijalankan Motac Sabah sebelum ini bagi mengenal pasti keunikan Pulau Bum Bum di sini sebagai destinasi selaman makro yang berpotensi untuk diperkenal kepada masyarakat dunia.

"Kawasan sepanjang selat berhampiran Pulau Bum Bum ini menempatkan banyak spesies makro yang bersaiz kecil termasuk spesies endemik," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di sini, semalam.

Beliau berkata gambar pemenang pada festival yang disertai 15 jurugambar dari Kuala Lumpur dan Sabah itu akan dijadikan bahan promosi bagi memperkenalkan selat perairan Pulau Bum Bum sebagai destinasi selaman makro di negeri ini.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel